Malam ini, adik lelaki saya, Amer menelefon sekitar jam 11 malam.
Dia baru saja pulang dari rumah salah seorang waris yang agak dekat.
Katanya, 'Dia datang serang rumah kita dan memaki hamun'.
Apa pula agaknya yang berlaku?
Bagi menenangkan keadaan, Amer mengajak tetamu yang tidak diundang itu untuk masuk ke rumah. Dengan suara kasar dan penuh kemarahan tetamu itu menolak. Jadi, Amer meneruskan perbincangan dengan penuh diplomasi. Akhirnya, Amer terpaksa ke rumah kakak si tetamu yang datang menyerang hendap bagi pihak keluarga kakaknya.
Kisah yang tersembunyi disebalik kejadian ini rupanya disebabkan salah faham. Anak kakak tetamu yang datang menyerang ke kediaman kami tadi rupanya tidak berpuas hati dengan nasihat salah seorang gurunya di sekolah. Dia bersekolah di salah sebuah sekolah tahfiz yang agak terkenal, dimana ibu saya turut menjadi tenaga pengajar jemputan.
Guru tersebut sebenarnya menasihati pelajar-pelajar yang bakal menyambung pengajian di luar negara supaya mengawal tingkah laku, tidak riak dengan ilmu agama yang ada dan sebagainya. Sudah tentu seorang guru layak untuk memberi nasihat. Itulah sebenarnya peranan seorang guru. Jika tidak menasihati, bukanlah mendidik namanya. Tapi pelajar remaja ini mungkin termakan lebih cili dan merasa pedasnya. Lalu, dengan tidak berfikir panjang, dia mengandaikan bahawa guru tersebut bertujuan menyindir dirinya.
Jadi, jika itu halnya, apa pula kaitan si penyerang datang menyerang di kediaman kami?
Memandangkan ibu saya merupakan salah seorang tenaga pengajar jemputan, maka pelajar tadi yang juga belajar di dalam kelas kelolaan ibu saya membuat tuduhan dengan mengatakan ibu saya yang membawa mulut dan menjaja cerita tentang dirinya, kononnya orang kampung tidak menggemarinya sebagai imam. Itu hanya tanggapannya sendiri. Atau mungkin juga, dia sendiri mengetahui hal itu dan menuduh ibu saya yang menyebarkan cerita sehinggakan terjadi perkara ini. Maklumlah, tinggal sekampung dan mempunyai pertalian kekeluargaan pula. Pelajar itu pula sering menjadi imam di surau di kampung kami walaupun usia masih belasan tahun.
Apabila si guru yang menyampaikan nasihat secara umum mengenai kepentingan menjaga ciri-ciri seorang imam bersesuaian dengan tugas seorang imam, maka dia merasakan nasihat itu suatu sindiran untuk dirinya. Jadi, siapa lagi yang dituduh membawa mulut jika bukan ibu saya, yang sememangnya selalu berjemaah di surau berkenaan.
Adik saya, Amer mengambil inisiatif terlebih dahulu dengan menghubungi guru yang memberi nasihat tersebut. Guru itu benar-benar tidak bermaksud untuk menyindir. Malah, nasihatnya itu ditujukan kepada semua pelajar supaya sentiasa beringat-ingat dan tidak riak apabila ilmu telah penuh di dada.
Mengetahui keadaan itu dengan jelas dari penerangan guru tersebut, Amer menjelaskan keadaan dengan penuh diplomasi dan tenang. Adab bertandang ke rumah orang haruslah dijaga. Namun apa yang dihamburkan sangat menikam perasaan. Tuduhan demi tuduhan serta penghinaan diterima dari keluarga ini yang bermati-matian mahu ibu saya datang menyembah memohon maaf atas kesilapan yang tidak dilakukannya sama sekali. Akibat salah sangka dengan anggapan tinggal sekampung dan mengetahui perkara yang berlaku di kampung tersebut, maka dengan tidak semena-mena ibu saya dituduh sewenang-wenang.
Ibu pelajar itu juga amat beremosi walaupun dalam keadaan sakit dan terlantar. Kata-katanya sungguh lantang dan tidak beradab. Pelbagai maki hamun dan ungkitan yang dihamburkan terhadap adik saya. Tidak sesuai dengan personalitinya sebagai seorang yang digelar ustazah, isteri seorang imam yang disegani dan seorang wanita secara umumnya. Nyata, api kemarahan tidak mengenal status walaupun seorang ustazah. Adik saya hanya berdiam diri kerana menghormati suaminya yang merupakan seorang imam.
Yang anehnya, maki hamun itu dilontarkan tanpa usul periksa. Malah, keluarga itu bertegas mahu ibu saya melutut mmohon maaf kepada anak remaja yang sebenarnya baru setahun jagung mengenal dunia. Hanya kerana ayahnya seorang Imam di kampung tersebut, dan dia pula belajar di sekolah tahfiz, maka dia juga turut menganggap dirinya sebagai imam hebat yang harus dihormati dan disegani. Umur baru mencecah 19 tahun, dan merupakan pelajar ibu saya, malah mempunyai pertalian kekeluargaan pula, sanggup merendahkan martabat gurunya sendiri.
Adik lelaki saya itu hanya diam merendah diri dan memohon maaf walaupun nyata ibu saya tidak bersalah. Sebelum berlalu, dia menghulur tangan untuk bersalam dengan ustaz dan ustazah, namun salam tidak disambut oleh ustazah tersebut yang juga bertaraf ibu sepupu. Malah, lebih teruk, sanggup menghambur kata-kata supaya kami sekeluarga berambus dari kampung tersebut. Itulah perkataan yang digunakan. Seorang ustazah, tapi berlidah lebih tajam dari mata pedang barangkali. Adik saya hanya tersenyum dan menyatakan tanah yang kami duduki merupakan tanah pusaka tinggalan arwah abah dan tiada sebab untuk kami meninggalkan segala harta peninggalan arwah.
Bila Amer menceritakan perkara ini, saya teringat sebuah artikel yang disiarkan di majalah Solusi bulan lalu. Tajuk utamanya tentang 'Orang berilmu yang terlalu bangga dengan ilmunya'. Itulah juga yang syaa katakan kepada adik saya itu. Dia hanya berdiam dan nyata dari suaranya, timbul satu kekesalan. Kerana anggapan yang tidak berasas, ibu saya terus menjadi mangsa.
Persoalannya, jika golongan yang mendalami agama dan merupakan seorang imam, yang mempelajari bidang agama serta menghafal kitab suci pun tidak mampu mengawal amarah,di mana letaknya nilai ilmu yang dituntut?
Jika seorang imam sendiri menuduh tanpa usul dan menyalahkan orang berdasarkan anggapan yang tidak berasas, dimana sebenarnya ilmu agama yang dimiliki itu tersimpan?
Adakah agama sudah menjadi satu perkara yang digunakan untuk nama dan mendapat kehormatan yang tinggi sahaja?
Jika seseorang yang mendalami ilmu, tetapi tidak beramal dengan apa yang dipelajarinya untuk mengawal segala hasutan dan bisikan syaitan yang suka memecahbelahkan manusia, apakah nilai amalannya?
Kejadian ini mengingatkan saya, walau setinggi mana ilmu agama yang dipelajari, ia tetap tidak dapat menentukan tahap keimanan seseorang.
Nyata sekali, keimanan itu bukan hak sesiapa untuk menilai.
Bukan dapat ditentukan melalui warisan seorang ayah kepada anak,
bukan tergambar pada pakaian labuh serta jubah,
bukan pada tudung labuhnya tudung
dan banyaknya janggut yang disimpan.
Bukan juga pada tebalnya lilitan kopiah di kepala.
Juga,bukan pada banyaknya buku agama yang dibaca.
Bukan semudah itu untuk menilai tahap keimanan.
Jika mahu berbangga dengan ilmu yang dimiliki, tidaklah layak kita mendabik dada mengakui ketinggian ilmu yang kita punyai. Ilmu milik Tuhan masih terlalu banyak yang belum dapat kita kuasai. Masih banyak yang tidak diterokai. Tingginya ilmu, sepatutnya dapat diamalkan dan menjadikan kita seseorang yang lebih rendah diri dan tunduk hatinya, bukan menjadikan kita semakin sombong dan takabbur.
Satu pengajaran yang saya sendiri dapat pelajari, bukan mudah tugas seorang pendidik di zaman serba moden ini. Cabarannya terlalu besar. Tugas mendidik di zaman ini sama seperti menjerut atau meletakkan pisau ke leher sendiri.
Jika salah seorang guru menasihati pelajar, dimana letaknya nama pendidikan?
Kemana hilangnya nilai hormat seorang pelajar terhadap seorang guru, sehingga setiap kata-kata guru dianggap sindiran?
Jika tidak tahan mendengar anak-anak dididik seorang guru, galaslah sendiri tugas mendidik. Jika semua orang salah, usah dihantar anak untuk berguru dengan orang lain.
Jika merasa ajaran sendiri paling betul, dan orang lain salah, lebih baik mengajar anak dirumah. Usah dihantar berguru di sekolah.
Jika emosi sudah mengawal fikiran, jangan sampai termalu sendiri dengan sikap bodoh sombong dan riak.
Kebiasaan yang berlaku, jika berkata-kata sewaktu kemarahan memuncak, pastinya setiap kata-kata yang terhambur akan dikesali suatu hari nanti. Tapi malangnya, kesal sekalipun, kata-kata yang telah terlafaz tidak mampu ditarik kembali.
Hati yang telah dilukakan akibat kata-kata, tidak akan sembuh lukanya. Jika sembuh sekalipun, pastinya akan tetap diingati.
Mendidik atau dididik, tidak menjadikan seseorang itu terdidik.
Jika seorang ibu yang juga merupakan seorang pendidik pun tidak mampu mendidik anak sendiri untuk menghormati gurunya, bagaimana hendak mendidik anak orang lain?
Jika seorang pelajar yang mendapat didikan dari seorang guru tapi mahukan guru melutut memohon maaf kerana kesombongan yang melampau, akan berkatkah ilmu yang dipinjamkan kepadanya untuk menjadi bekalan di hari muka?
Jika begini sikap seorang ustazah, seorang ibu, dan isteri seorang imam, saya sendiri jika dikurniakan anak, tidak ingin menghantar anak berguru dengan orang seperti ini. Tiada lagi kepercayaan saya terhadap orang yang menggunakan nama agama untuk mendabik dada. Tidak akan lagi saya percaya dengan penampilan luaran yang hanya menutup sikap sebenar.
Inilah yang dikatakan 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'.
Tapi, tidak layak saya untuk menghukum semua orang hanya kerana segelintir golongan seperti ini.
Namun saya tetap bimbang. Jika begini sikapnya, apakah pandangan orang bukan Islam terhadap agama Islam?
Pendapat saya, orang yang terdidik, ialah orang yang mampu mengamalkan apa yang dipelajarinya.
Bukan mendongak ke langit dan berjalan mendabik dada
dan berjalan dengan kaki yang tidak berpijak di bumi nyata.
Semoga Allah menunjukkan kebenaran yang hakiki di sebalik apa yang terjadi ini.
Semoga Dia juga melindungi saya, keluarga dan anak-anak didik saya dari kesombongan yang nyata sekali mengundang kederhakaanNya. Amin.

0 comments:
Post a Comment
What do you say?