Monday, July 19, 2010

Patah Jiwa

Sedihnya hanya Tuhan yang tahu bila dikecewakan. 
Adakalanya boleh patah jiwa.
Ada yang sampai gila.
Itu semua kerana cinta.

Seseorang yang rapat denganku sedang mengalami kekecewaan. Bercampur baur perasaan bila mendengar kisah. Sehingga hari ini, aku masih belum sempat melihat keadaannya, sekadar memantau perkembangan dari jauh. Hati mana tidak punah bila cinta yang yang disemai berakhir sudah. Hati mana yang tidak berdarah bila dihiris? Ceritanya cukup panjang unuk diolah, bisa ku tulis sebuah novel. 

Kadangkala, aku mengalirkan airmata memikirkannya. 
Aku pernah berada di situasi itu, tapi mungkin aku berjiwa kental dan mampu bangun dan menjadi aku yang kini telah menjadi seseorang. Tapi, aku tidak pernah ada dendam, walau ketika hati begitu parah bagaikan dunia sudah meninggalkan aku dan berpaling dariku. Tapi, mungkin ada insan yang tidak begitu kuat menghadapi dugaan ini. Itulah bahana cinta, yang sukar dimengerti.

Hanya dua insan yang mengalaminya yang akan benar-benar tahu apa yang sebenarnya terjadi di dalam perhubungan mereka. Biarlah mereka sendiri yang menyelesaikannnya dan menghadapinya. Tidak guna campur tangan atau cuba mencantum yang terputus. 

Yang mampu aku lakukan, hanya mengirimkan doa dan berharap yang terbaik buat dirinya. 
Yang aku dengar, kini dia bukan lagi seperti dahulu. Setiap saat memandang ke tingkap, menjenguk kalau-kalau sang kekasih bakal kembali. Tidak mampu di tinggal keseorangan ibarat anak kecil yang sentiasa mahu berdampingan dengan ibunya. Tidak berada di bumi nyata, tidak berpijak dan tidak berterbangan. Jiwanya terlalu celaru. 

Airmata ini gugur juga sesekali bila memikirkan dirinya yang sangat aku kenal. 
Semoga Allah menguatkan jiwa dan batinnya menghadapi saat ini.

Doaku buatmu, adikku!
Selamat dan amanlah jiwamu, dan semoga masa mengubat segalanya.



2 comments:

Noor said...

manusia mmg sering diuji
smoga tabah

Tiya Fatihah said...

Thanks, Noor.Hope he'll get well soon.

Post a Comment

What do you say?