Lebih kurang pukul 2.00 pagi semalam, sewaktu mata dah hampir terpejam, saya lantas tersentak. Bukan kerana sejuknya penghawa dingin yang mencengkam kulit, bukan juga kerana dengkuran suami di sebelah. Saya tiba-tiba terfikir betapa bertuahnya kita semua dapat melelapkan mata di katil empuk, dengan suasana aman dan damai. Kita bisa tidur berjam-jam lamanya dalam dingin malam dan dengan perut yang tidak kelaparan. Kita boleh lelap lena tanpa digigit seekor nyamuk pun! Betapa indahnya malam-malam yang kita lalui.
Bagaimana dengan nasib saudara kita yang sedang bertempur antara hidup dan mati di Gaza. Mungkin sedang bersembunyi di suatu tempat yang gelap, penuh debu dan panas. Mungkin juga sedang menggigil ketakutan dan menahan tangis kerana gentar di sebalik terowong bawah tanah yang panas dan busuk.
Mungkin ada ibu yang kehilangan anak gadis atau bayi kecil mereka kerana kekalutan suasana.
Mungkin ada bapa yang terpaksa meninggalkan isteri dan permata hati mereka demi sebuah perjuangan menyelamatkan tanah milik mereka yang dicabuli dan diperkosa zionis kejam yang tidak punya tempat di bumi Allah.
Mungkin ada cinta yang tidak kesampaian kerana himpitan keadaan.
Mungkin ada perkahwinan yang terhenti kerana kekalutan serangan.
Mungkin ada yang mati terbiar di tepi-tepi jalan yang berdebu dan di bawah runtuhan bangunan yang di bom.
Terdapat pelbagai kemungkinan yang mampu terlintas di fikiran saya mengenai nasib saudara Islam kita di Gaza. Tapi saya pasti, banyak lagi kemungkinan yang lebih dahsyat yang tidak dapat dibayangkan oleh akal yang waras. Saya pasti, akal yang waras akan mampu berfikir tentang sifat perikemanusiaan, tapi apa yang berlaku di Gaza jelas menggambarkan kegilaan, kehilangan belas ihsan, kekejian sikap, ketamakan, kehinaan, kelemahan dan ketakutan Israel kerana sebenarnya mereka tidak mempunyai tempat lagi di dunia ini untuk didiami kerana mereka adalah makhluk yang terlaknat.
Kita di sini mampu hidup dengan aman sekali tanpa sedikitpun kekacauan oleh kerana perpaduan kita.
Kita mampu makan, minum dan melakukan aktiviti seharian dengan senang hati dan tanpa apa-apa kerisauan akan adanya serangan atau dentuman bom. Betapa bertuahnya kita!
Dan, saya yakin, kita tidak sekuat saudara Islam kita di Gaza untuk mampu menghadapi ujian Allah sehebat apa yang sedang mereka lalui untuk waktu yang terlalu lama.
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Kita bukan orang-orang yang mampu menghadapi ujian sehebat saudara kita di Gaza kerana Allah lebih mengetahui kemampuan kita.
Semoga Allah melindungi mereka. Amin.



1 comments:
masyaAllah...peliharalah saudara2 kami disana..
Post a Comment
What do you say?