Dalam hidup ini, pastnya ada insan-insan yang paling kita perlukan. Insan yang kita tidak mampu hidup tanpa mereka. Hidup aku takkan lengkap tanpa insan-insan ini..
1. Suamiku, cintaku ke akhir waktu
Dia sangat penting. Paling penting. Dia adalah separuh dari diriku. Perkahwinan kami merupakan ikatan cinta yang paling bermakna dalam hidupku. Aku amat menyintainya, setulus hatiku. Dialah sahabat dan teman yang tiada akan pernah ada gantinya. Dia menyokong aku dalam setiap usaha dan pekerjaanku, jua pengubat resah dan duka. Dia disisiku dikala aku menempa kejayaan demi kejayaan. Kini kami sedang membina tangga-tangga menuju kehidupan yang lebih selesa. Aku amat bersyukur kerana Tuhan telah menyatukan kami sebagai suami isteri, dan padaku, tidak mungkin ada seorang pun lelaki lain yang mampu menyintai aku sehebat dia mencintaiku.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ar-Ruum, ayat 21, maksudnya:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir".
2. Ibu, ratu di hatiku
Ma. Aku panggil dia, Ma.
Pada aku ma mewakili semua gelaran yang lain
Ma merupakan insan yang paling tabah pernah aku temui sepanjang hayatku. Ma adalah insan yang paling mengenaliku. Insan yang selalu menceriakan hidupku dan bersamaku walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Ma sangat biasa orangnya. Tidak seperti wanita lain.
Pakaiannya biasa sahaja, berbaju kurung setiap masa. Sesuai dengan dirinya yang merupakan seorang guru.
Ma tidak pernah membebel pada anak-anaknya
Selama 28 tahun aku hidup, tak pernah sekali pun dia membebel atau marah-marah.Jika ada, mungkin masa aku kecil-kecil dulu. Tapi aku memang tidak ingat langsung kenangan dimarahi Ma.
Seingat aku, dia yang selalu jadi mangsa kemarahan
Tapi dia penyabar
Sangat..
Ma wanita paling lucu aku pernah kenal
Lawak dia buat aku dan adik-adik selalu pecah perut
Selalunya tentang kenakalan dan kelucuan pelajar-pelajarnya
Atau pasal adik-adikku. Walau sedang sakit atau penat, Ma tetap ada bahan untuk membuat kami adik-beradik ketawa.Mungkin itu caranya dia melenyapkan kesedihan hatinya. Ma memang ibu yang paling tabah didunia.Ma hidup dalam airmata sepanjang dia bergelar isteri.
Dia dizalimi ipar duai sendiri tapi hebatnya dia, tak pernah melawan walau sekalipun.
Dia pun tak suka klu anak2 dia melawan
Tapi aku ngn adik2 degil
Bila org kata mcm2 kat ma, kami jawab balik
Ma suruh diam..
Wpun tak adil
(Nanti dlm blog seterusnya aku akan cerita kisah hidup ma)
Pengorbanan ma takkan aku lupa
Ma pernah ambil aku dari sekolah
Naik basikal tua
Masa tu aku darjah satu
Sekolah petang
Biasanya arwah abah jemput
Tp arwah kerja petang
Ma takde kenderaan masa tu
Puas cari org nak minta tolong
Ma gelek basikal dan kayuh
Sedihnya masa tu
Ma sedang mengandungkan adikku yang no 4, Amy
Dah 7 bulan masa tu
Ma kayuh juga wpun bahaya
Masa ma sampai tu aku tengah nangis
Sebab dah dekat Maghrib
Semua org dah balik, aku sorang je duduk di bangku
Depan pagar sekolah
Aku terkejut tengok ma
Perut dia dah rapat ke handle basikal
Ma senyum, turun dan menongkat basikal
Ma dukung aku
Ma letak kat bangku belakang
Ma suruh aku peluk kuat2
Badan aku kecil sgt di belakang perut ma yang dah sarat
Ma naik perlahan-lahan
Ma kayuh pun perlahan, sebab bahaya
Ma kena jaga kandungan juga
Kami berdua diam
Azan Maghrib berkumandang dlm perjalanan
Aku dah berhenti menangis
Sebab dah tak takut sebab ma ada
Tapi aku tahu ma menangis
Walaupun tak kedengaran esaknya
Aku tahu..aku tahu!
Itulah ma
Ibu yang paling aku cintai
3. Abah
Abah telah pergi buat selamanya. Genap selepas 6 bulan aku dan suami diijabkabulkan. Sedihnya hati tak siapa yang tahu.
Abah, insan yang banyak mengajar aku erti disiplin. Erti kedewasaan. Aku membesar sepenuh masa di depan matanya. Rapi jagaannya meliputi seluruh ruang kehidupan harianku; dari pakaian sekolah sehingga ke alat tulis yang paling kecil serta ubatan yang aku ambil, Abah pengaturnya. Waktu kecil dulu, bila hendak ke sekolah, Abah pasti menyuruh aku memakan telur masak separuh. Untuk lebih pandai, katanya. Aku juga sering sakit-sakit sewaktu usiaku dibangku sekolah rendah. Abahlah yang menjaga dan membawa aku ke setiap temujanji dengan doktor.
Abah setia mengambil dan menghantar aku ke sekolah. Aku tidak malu menaiki vespa hitam Abah. Aku tidak malu menaiki van kecil Abah. Tapi, aku rasa sangat malu jika aku tidak dapat nombor satu dalam kelas. Itu aku sangat-sangat malu. Abah takkan marah, cuma aku tahu riak wajahnya bakal kecewa. tapi alhamdulillah, aku sering di kedudukan 1, 2 dan 3.
Sampai aku belajar di universiti, Abahlah orangnya yang sentiasa mengikuti perkembanganku.
Aku pernah bergaduh dengannya kerana aku terlalu bodoh untuk berfikir tentang rasional setiap tindakannya. Aku terlalu hina untuk tidak memahami niat sucinya. Aku terlalu lemah untuk mengawal tingkahku yang menyakitinya.
Semoga Abah telah memaafkan aku, walau untuk kesilapan sebesar hama.
Aku hidup kini dalam bayangannya, dan darahnya yang masih mengalir disetiap nadiku, serta benihnya yang menjadikan aku mirip dirinya. Akan aku selalu memikirkan dia bila saja aku melihat susukku sendiri, kerana aku sememangnya anak gadis Abah.



0 comments:
Post a Comment
What do you say?