Telefon Sony Ericsson ku tiba-tiba berdering. Lagu Air Supply - All Out Of Love. Lagu yang menyamankan telinga dan penuh penceritaan. Kuasa bahasa memang cukup hebat. Hati yang dilanda cinta bisa lebih asyik dengan kuasa sebuah lagu. Perkara yang sudah lama tidak aku rasai.
Masa bercinta memang indah belaka. Sehari-hari hati memang selalu dibuai rasa rindu yang meluap-luap. Indah sungguh. Apatah lagi, bila seharian asyik leka dengan telefon bimbit masing-masing, bertanya cerita dan meluah rasa melalui SMS. Memang manis kenangan bercinta. Alangkah indah jika masa dapat diundur kembali ke zaman percintaan.
Ku biarkan sahaja lagu kegemaranku habis. Fikirku, ini mungkin mesej yang dihantar oleh adik atau Celcom untuk mengingatkan aku supaya membayar bil sebelum talian dipotong. Selesai saja lagu tersebut, aku mencapai telefon dan menekan skrin untuk membaca mesej. Aik? Nombor siapa?
" Hye, tengah buat apa?"
Aku keliru. Siapalah yang cuba mengacau aku.Kalau bukan pelajar-pelajarku yang nakal, mungkin juga kawan-kawan yang sengaja ingin mengganggu. Tukar nombor dan mengacau aku. Itulah yang selalu terjadi. Ku biarkan sahaja lalu menyambung tugasan. Setengah jam berlalu, sekali lagi telefonku berdering.
"Hai..boleh berkenalan?"
Alamak? Siapa ni? Ahh..Malas aku nak melayan SMS disaat sibuk begini. Biasanya, mesej sebegini tidak lebih dari sekadar gangguan untuk mengenakan aku.
"Sayang..."
Dia mainkan aku ye...! Siap bersayang-sayang pula kali ini. Aku menatap nombor tersebut lama-lama.Cuba mengingati mana-mana nombor. Bila diamati, aku rasa seperti pernah melihat nombor tersebut.Mungkin sudah hilang dari simpananku. Aku berfikir sejenak, kemudian membalas.
"Salam. Siapa ni?"
Tidak sampai seminit, aku terima satu lagi balasan mesej.
" Takkan tak kenal dah"
Aku bertambah keliru, dan tidak suka berteka-teki lagi.Aku membalas lagi.
"Memang tak kenal, sebab nombor awak tiada dalam memori fon saya. Siapa ni?"
Mesej dihantar. Aku menunggu sejenak. Tiada balasan. Aku menunggu lagi. Masih senyap. Tidak mengapalah, mungkin sudah bosan atau takut. Aku ingat ia sudah berakhir di situ. Tapi, selang beberapa jam, aku menerima satu lagi mesej lain.
"14324. I still do."
Kali ini hatiku bagai disentap. Sudah lama aku tidak melihat kombinasi nombor ini. Walaupun ringkas dan penuh makna tersirat, aku dapat memahaminya. Aku dapat merasai getaran disebalik mesej pendek ini. Badanku mula menggigil. Cepat-cepat aku padamkan mesej tersebut dari simpanan telefonku. Kenapa dia masih menghantar mesej sebegini padaku setelah sekian lama?. Aku tidak membalas apa-apa.Tanganku sejuk dan dadaku berombak. Malam itu, semuanya hambar ku rasakan.
Sehingga lewat malam, aku masih tidak dapat melupakan kombinasi nombor yang ku terima pada sebelah petangnya. Aku membelek telefon bimbitku sambil merenung ke siling bilik. Cahaya samar dari lampu sisi katil membuat aku terasa seperti berada di alam khayalan.
Aku terasa seperti ada sepasang mata memerhatikanku. Aku cuba mencari jikalau benar firasatku ini. Ku pandang ke kananku. Hanya ada sepasang suami isteri yang sudah berumur lewat 50an. Ku toleh ke kiri, seorang remaja lelaki berbangsa Cina membelek sebuah komik versi Mandarin. Mataku melilau ke sudut tangga di stesen komuter, deretan manusia mulai memenuhi terminal Stesen Komuter Putra ini. Ku lontarkan pandangan ke depan, di terminal bertentangan. Ku lihat masih ramai orang yang beratur untuk membeli tiket. Masing-masing ingin cepat pulang ke destinasi tersendiri. Pastinya komuter akan penuh sesak nanti. Tiba-tiba telefonku berdering, menghentikan lamunan. Satu panggilan dari nombor yang selalu menghantar mesej kepadaku. Walaupun aku tidak mengenalinya, tapi aku begitu senang menjawab panggilannya serta mesej-mesej darinya. Ku tekan butang jawab, dan suara yang ku dengari seolah-olah melenyapkan kekalutan di terminal ini. Belum sempat aku berkata apa-apa, pemanggil terlebih dahulu memulakan bicara.
Dia: "Ohh...cantiknya adik pakai tudung berbunga-bunga. Pakai kasut sport lagi."
Aku tergelak kecil.
Aku: "Eleh...yelah tu.Dah saya bagitahu awal-awal, bolehlah cakap macamtu. Mana awak tahu cantik ke tak..Awak bukan saya nampak pun?"
Dia: "Eh...betul...cantik! Saya tengah tengok awaklah ni...Hehe."
Aku: "Tak payahlah nak tipu. Awak dah balik kerja ke?"
Dia: "Dah. Sekarang ni sedang tengok seorang budak 'cute' tengah tunggu komuter"
Aku: "Biar betul..Awak, janganlah main-main...Malulah saya macam ni..."
Dia:"Laaa...betullah ni...Mana ada main-main. Saya ada kat Stesen Komuter Putra ni..cuma awak je tak kenal saya..."
Hatiku mulai panik.Segala perlakuan dirasakan bagai serba tak kena. Patutlah aku rasa seperti ada orang memerhatikanku dari tadi. Entah-entah dia memang ada di sini.
Aku: "Awak....awak kat mana sebenarnya ni..? Janganlah macam ni. Awak dah janji tak akan datang. Semalam awak kata awak kerja balik lambat. Tak baik tau tipu saya. Awak saja ye nak tahu siapa saya?"
Dia: "Ishhh...OKlah kan.Saya cuma nak kenal awak je.Ini rupanya orang yang bercakap dengan saya selama ni..Ini rupanya pemilik suara yang saya rindui selalu sampai tak senang duduk dibuatnya. Macam ni rupa dia, hahaha...
Aku: "Awak!!! Jahatlah awak ni. Saya tak nak kawan dengan awak lagi"
Dia: "Ala...awak ni..OKlah...I'm sorry, OK? Saya memang ada kat sini, tapi saya malu nak munculkan diri. Nanti awak lari pulak..."
Aku:"Ohhh...awak dah tengok wajah saya...awak dah tahu saya pakai apa, dari waktu saya dalam bas lagi awak dah tahu kan. Tapi, awak tak nak pun tunjukkan diri awak.Tak adil tau tak?"
Dia: "Awak ni garang jugak ye...Janganlah marah..OKlah, kalau awak nak kenal saya, carilah saya..kalau betul, kita jumpa, OK?"
Sejurus terpacul ayat itu, mataku mula melilau mencari kelibat sesiapa yang memegang telefon bimbit. Ramai sangat yang sedang bercakap di telefon. Yang mana satu dia ni? Aku mencari lagi. Ku lihat ke kanan, kiri, belakang dan depan. Tak kelihatan kelibat seperti lelaki yang sedang bercakap denganku. Ku pandang ke papan tanda besi. Kelihatan sepasang kaki sedang berdiri di sebalik papan tanda. Wajahnya tidak kelihatan. Yang nampak hanya seluar jeans hitam dan kasut kulit hitam.
Aku: "Awak sembunyi belakang papan tanda ye?Keluarlah...cepat..."
Dia: "Hahahaha...Awak ni...Mana awak tahu saya orangnya yang di belakang papan tanda ni? Awak dah salah orang".
Gelak tawanya semakin menjadi-jadi. Sakit hatiku dibuatnya.
Aku:"OKlah, kalau awak tak mahu tunjuk muka awak, anggaplah kita berkawan setakat ini saja. Bye"
Aku terus memutuskan talian. Rasa sakit hatiku membuat aku hilang sabar. 'Kalau nak main-main, kau silap orang', bisikku sendirian. Telefon bimbitku berdering lagi. Aku sengaja tidak menjawabnya. Berkali-kali ia berdering, aku tetap tidak menjawab panggilan itu. Hatiku semakin panas. Ku melihat jam tangan, waktu sudah senja. Jam menunjukkan pukul 6.40 petang. Aku harus segera sampai ke Bangi kerana bapa saudaraku sedang menunggu di sana. Telefon yang berdering tidak ku hiraukan, kerana aku tahu siapa pemanggilnya. Aku memang pantang dipermainkan.
Aku berdiri sementara menanti keretapi laju sampai ke terminal. Pengumuman memberitahu bahawa ia akan sampai dalam masa lima minit lagi. Telefon bimbitku sudah tidak berdering lagi. Inilah penamat kepada segalanya. Aku memandang keadaan sekeliling. Keadaan sudah semakin terkawal. Ku lihat manusia sudah semakin berkurangan di terminal hadapan. Semuanya telah mengisi perut keretapi dan sudah meluncur laju. Mataku tertumpu kepada papan tanda yang ku lihat tadi. Seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang menyandarkan bahunya di situ sambil memeluk tubuh. Ku lihat dia merenung tepat ke arah tempat ku berdiri. Hatiku berdebar-debar. Tiba-tiba dia melambaikan tangannya, dan tersenyum dari jauh. Memang sah, dialah lelaki itu!!
Aku tidak senang duduk. Lelaki itu menghampiri kaunter tiket. Selesai membayar, dia mencucuk tiket dan melepasi terminal hadapanku. Dengan senyuman penuh makna, dia melangkah mendaki tangga. Dari jauh, aku lihat kulitnya bersih dan wajahnya tampan sekali. Badanku mula terasa seperti ais. Aku menutup wajahku dengan sekeping tisu.
Dalam beberapa saat sahaja, dia sudah berada di depanku. Dia hanya tersenyum sambil memandang wajahku. Nyata sekali aku malu dipandang sebegitu. Serentak, kami ketawa geli hati. Lucu dengan keadaan yang amat janggal tersebut. Walaupun sudah berbulan-bulan kami berbual di telefon, kali ini aku rasakan benar-benar janggal. Memang berbeza situasi perbualan di telefon dan berhadapan begini. Selepas beberapa ketika, aku dapat menyesuaikan diri. Dia begitu yakin berbicara. Dek kerana asyik berbual, aku telah terlepas 3 keretapi. Berbual dengannya menyebabkan aku lupa dan asyik. Akhirnya, aku menaiki keretapi terakhir untuk pulang ke Bangi.
Sejak pertemuan pertama itu, selepas berbulan lamanya berbual di telefon tanpa mengenali satu sama lain, kami semakin akrab. Keesokan hari selepas pertemuan pertama, kami berjumpa lagi di stesen yang sama. Dia menawarkan diri untuk menghantar aku ke Shah Alam. Pertemuan itu menjadi titik tolak perhubungan kami. Lama kelamaan, hati semakin sayang dan kami sama-sama jatuh cinta. Tapi tak lama. Hanya 8 bulan.
Perpisahan terjadi tanpa dipinta. Ia terjadi bukan atas kehendak kami. Tapi itulah yang terjadi.Aku sangat merana pada waktu itu.Hampir-hampir aku gagal dalam pelajaran. Satu demi satu kenangan bersama dengannya menghantui hidupku. Walaupun hanya 8 bulan, aku rasakan dia adalah lelaki yang terbaik buat diriku dan cinta sejatiku adalah dia.
Kami berpisah sehari sebelum hari lahirnya. Aku tahu puncanya apa. Bukan dia yang berkehendakkan perpisahan itu, tapi keadaan memaksa. Hidupku benar-benar penasaran. Akhirnya aku berpindah dari rumah sewaku dan menyewa di kawasan perumahan lain untuk mengelakkan perasaan sedih dan kembali fokus kepada pelajaran. Dia tidak pernah muncul. Mungkin dia ada cuba mencariku, tapi tidak bertemu. Aku pula telah menukar nombor dan memulakan hidup baru.
Tiba-tiba aku tersentak dengan deringan telefonku. Rupanya aku begitu lama mengimbau kenangan. Satu mesej telah ku terima. Aku menekan kekunci dan terpaparlah mesej ini.
"Maafkan Abg kerana mengecewakan Syg.Abg tidak mampu berbuat apa-apa. Mak Abg memaksa abg kembali kepadanya. Ketahuilah Abg tidak rela itu semua berlaku. Hati Abg hancur kerana menghancurkanmu. Semangat Abg hilang kerana perpisahan kita. Syg tetap di hati Abg sampai kini."
Aku diam terpaku. Setitis airmataku bergenang di kelopak mata. Kenapa dia harus hadir di ketika ini? Aku tidak membalas SMS nya. Ku biarkan saja tanpa jawapan. Tidak perlu aku bertanya apa sebab dia meninggalkanku, atau memaki hamun dirinya kerana membiarkan aku derita selama ini.
SMS kedua menyentap aku dari lamunan.
"Abg ikhlas ingin mengambil Syg sebagai isteri Abg. Abg tak pernah berpura-pura dengan cinta kita. Abg mencintai Syg, bukan dia. Abg telah menceraikan dia kerana selama ini dia telah lama mati dalam hati Abg. Abg mahu membina hidup baru dengan wanita yang jujur dan setia seperti Syg, bukannya dia. 14324, Syg..Syg masih ingatkan nombor kita?"
Mana bisa aku lupa nombor ini. Kombinasi yang kami cipta untuk ucapan "I Love You So Much". Setiap perkataan diwakili oleh bilangan huruf yang ada dalam perkataan tersebut.
1 = I
4 = LOVE
3 = YOU
2 = SO
4 = MUCH
3 = YOU
2 = SO
4 = MUCH
Airmata ku mengalir laju. Tangisan yang telah kering selama 3 tahun. Tapi, aku bukan menangis kerana kecewa seperti dulu. Aku menangis kerana aku tahu kini aku telah menang. Menang kerana aku telah berjaya melawan segala kesedihan dan kekecewaanku dahulu. Aku menangis kerana aku telah bangkit dari kegagalan dan mencipta kejayaan hasil kekecewaanku. Aku menangis syukur kerana Allah menduga aku suatu waktu dulu, kerana Dia yang lebih mengetahui ketentuan hidupku. Jika aku tidak mengalami segala-galanya, mungkin aku tidak akan berada di tempat aku berada sekarang. Mungkin juga aku tidak akan bertemu dengan suamiku, malah terus hanyut dalam cinta yang membuat aku betul-betul asyik. Hikmah yang terjadi amat besar dan ku faham kini.
Akhirnya, aku membalas juga SMS yang terakhir buat dirinya.
"Kekecewaan saya telah lama hilang saat awak melangkah pergi. Bersamanya, saya tumpahkan airmata untuk membasuh segala kenangan kita. Bersamanya, saya bangun untuk berlari, bukan untuk merangkak menangih cinta lagi, tapi untuk membuktikan saya akan menang. Hari ini, saya telah menang kerana saya bangkit dari penghinaan yang saya pernah terima. Maafkan saya tidak dapat menemani awak kerana awak terlalu lambat, dan saya kini telah bergelar suri sehidup semati bersama cinta sejati saya. Terima kasih kerana pernah melakar kisah di satu bab dalam hidup saya. Kini saya berada di bab yang baru didalam buku hidup saya. Carilah bab yang baru dalam hidup awak dan teruskan sehingga awak sampai ke penyudah yang baik. Maafkan saya. Kita tidak ditakdirkan untuk bersama.Ucapkanlah 14324 kepada isteri awak, bukan untuk saya lagi"
Sejak itu, aku tidak lagi berfikir tentang dirinya sepertimana aku selalu rasakan sebelum ini.
Sejak itu, lagu Air Supply - All Out Of Love tidak lagi berdering kerana SMS nya. Sejak itu aku tahu, cinta itu hanya akan berputik bila selalu dipupuk. Jika kita tidak menghiraukannya, dengan sendirinya ia akan berlalu. Ibarat bara disimbah minyak, semakin menyala apinya.
Sejak itu, lagu Air Supply - All Out Of Love tidak lagi berdering kerana SMS nya. Sejak itu aku tahu, cinta itu hanya akan berputik bila selalu dipupuk. Jika kita tidak menghiraukannya, dengan sendirinya ia akan berlalu. Ibarat bara disimbah minyak, semakin menyala apinya.
Dan lirik lagu ini seperti tepat dengan cerita kisah cinta lamaku.
I'm lying alone with my head on the phone
Thinking of you till it hurts
I know you hurt too but what else can we do
Tormented and torn apart
I wish I could carry your smile in my heart
For times when my life seems so low
It would make me believe what tomorrow could bring
When today doesn't really know, doesn't really know
(chorus)
I'm all out of love, I'm so lost without you
I know you were right, believing for so long
I'm all out of love, what am Iwithout you
I can't be too late to say that I was so wrong
I want you to come back and carry me home
Away from these long, lonely nights
I'm reaching for you, are you feeling it too?
Does the feeling seem oh, so right?
And what would you say if I called on you now
And said that I can't hold on?
There's no easy way, it gets harder each day
Please love me or I'll be gone, I'll be gone
(chorus)
Ooh, what are you thinking of
What are you thinking of
What are you thinking of
What are you thinking of
(repeat chorus)
'Cinta itu ibarat kurap, makin digaru makin sedap',
tapi jangan kerap digaru, nanti ia makin melarat
hingga tiada ubat yang bisa merawat.



0 comments:
Post a Comment
What do you say?