Thursday, April 8, 2010

Sahabat

Aku mencari sahabat
untuk berteman
untuk bercanda
untuk menangis

Aku mencari sahabat
untuk berkongsi
untuk menasihati
untuk mengisi
jiwaku yang sepi

Aku mencari dia
yang masih ku belum jumpa
Aku dambakan dia
selagi ku belum menutup mata

Mencari dia
umpama berjalan di atas kaca
aku terluka, aku hampa
namun ku tetap mencuba

Mencari dia
bagai terjun ke lautan bara
bagai meneroka hutan rimba
penuh dugaan dan kesesatan

Aku masih sesat dalam mencari seorang sahabat
Aku masih samar untuk memilih
seorang insan bernama sahabat

P.S:

Seorang sahabat hanya berkata benar terhadapmu, hanya bersahabat denganmu kerana dirimu.
Sahabat terbaik yang aku pernah ketemu, adalah sahabat-sahabat yang ku kenali di waktu kecilku.    

1 comments:

suhaisweet said...

nice n3..visit mine if free k.;D

Post a Comment

What do you say?