Dalam minggu ini, saya banyak berfikir tentang terapi. Terapi membawa maksud rawatan. Ia juga biasanya dikaitkan sebagai percubaan untuk merawat pelbagai penyakit dan kesakitan. Terapi lebih banyak tertumpu kepada bidang kesihatan, dimana terapi adalah sesuatu yang amat penting dalam proses pengubatan dan penyembuhan penyakit fizikal atau emosi.
Terapi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Antara yang paling meluas ialah terapi didalam dunia perubatan yang menggunakan ubat-ubatan. Sebenarnya, terdapat banyak lagi jenis terapi yang memulihkan, bergantung kepada jenis penyaakit dan situasi yang dialami. Ia juga bergantung kepada tahap atau kondisi penyakit yang dialami. Kenapa saya bercakap mengenai terapi? Tiba-tiba sahaja seperti ingin menukar genre penulisan kepada bidang perubatan kah?
Tidak! Saya hanya ingin bercakap sesuatu yang boleh menjadi suatu bentuk terapi kepada kita dan membawa anda untuk berfikir tentang apakah bentuk terapi yang anda sukai.
Rawatan atau terapi, secara keseluruhannya boleh dijalankan dengan melihat kepada bentuk permasalahan, menggunakan tenaga, interaksi dengan manusia atau proses meditasi.
Secara ringkas, terapi yang dibuat mengikut permasalahan biasanya menggunakan:
- ubat-ubatan apharmacotherapy, chemotherapy, mesotherapy,
- peralatan perubatan,
- genetik atau gene therapy,
- emas (chrysotherapy atau aurotherapy)
- hormon (hormone therapy)
- organisma (biotherapy) seperti virus, ulat dan bakteria ,
- ozon (ozonotherapy),
- garam (speleotherapy)
- serum (serotherapy) dan
- air (hydrotherapy).
Terapi menggunakan tenaga pula adalah seperti tenaga elektrik atau electrotherapy, radiasi eletromagnetik (electromagnetic therapy) dan tenaga magnetik (terapi magnet). Terdapat juga terapi menggunakan cahaya (phototherapy), mekanikal atau manual therapy seperti massotherapy dan terapi melibatkan latihan seperti physiotherapy. Selain itu, bunyi juga digunakan sebagai terapi sebagai contoh, cymatic therapy dan music therapy. Radiasi dan suhu juga boleh digunakan sebagai sumber untuk merawat penyakit dan merupakan terapi yang efektif untuk melawan pelbagai jenis penyakit.
Interaksi sesama manusia seperti kaunseling dalam bentuk psychotherapy dan psychoanalysis juga merupakan bentuk terapi mental yang kerap digunakan. Pendidikan, senaman, urutan atau pengubahsuaian gaya hidup juga mendatangkan kesan penyembuhan dalaman dan luaran yang boleh membantu mengurangkan penyakit seperti kegemukan, kurang ilmu pengetahuan dan sebagainya. Kaedah bermeditasi seperti penyembahan dan penumpuan juga membantu dalam penyembuhan penyakit kerohanian yang kesannya juga memberi impak perubahan yang besar dalam kehidupan manusia.
Apa yang saya cuba sampaikan adalah kesesuaian jenis terapi bergantung kepada jenis penyakit, keadaan dan tahap serta potensi kesembuhan yang datang bersama rawatan itu. Pada saya, menulis adalah satu terapi yang baik buat diri saya untuk merasa lebih tenang dan bersemangat. Apa pula terapi yang anda rasakan melegakan kesakitan emosi anda? Jika anda merasa diri anda tidak sihat, emosi terganggu dan terbelenggu dalam masalah yang anda sendiri tidak ketahui, carilah terapi yang boleh membantu anda untuk merasa lebih sihat. Mungkin anda juga patut fikirkan kos yang terlibat dalam terapi yang anda perlu serta merujuk kepada pakar. Namun,setiap sesuatu masalah itu ada jalan penyelesaiannya.
Jika anda mengalami kesakitan fizikal, dapatkanlah rawatan sesuai dengan penyakit anda.
Jika anda mengalami kesakitan emosi, carilah terapi penyembuhan emosi yang terbaik.
Jika anda tidak tahu apakah terapi terbaik buat anda, cuba senaraikan simptom yang anda alami dan buatlah sesuatu yang anda rasakan mampu menghilangkan kesakitan yang anda alami. Usah biarkan diri anda buntu kerana jalan keluar pasti ada. Anda lebih mengenali diri anda berbanding orang lain, jadi sudah semestinya andalah yang paling arif tentang apa yang anda mahukan.
P.S: Bercakap dengan Tuhan adalah masih terapi terbaik untuk segala jenis penyakit berbanding segalanya.



0 comments:
Post a Comment
What do you say?