Monday, August 16, 2010

Diam

Dalam diam, 
jangan sangka aku tidak tahu
jangan sangka aku tidak peduli
aku hanya diam
tanpa suara
tapi hatiku masih berkata-kata
dan mindaku masih bekerja
untuk menilai
kerana aku masih punya jiwa yang besar 
untuk mengenal
dusta dalam nyata
tangis dalam tawa


Diamnya aku
untuk mendengar
sejuta suara yang hingar
diamnya aku untuk menilai
sejuta rahsia yang belum terbuka


Diam tidak semestinya dungu
diam bukan kerana takut
diam aku kerana aku lebih tahu
apa yang mereka tidak tahu

0 comments:

Post a Comment

What do you say?