Tuesday, June 8, 2010

RM0.25

Pagi ini bila saya mengemaskini blog saya dan melawat Nuffnang, saya melihat laporan dibahagian 'Earning'. Terkejut juga, daripada RM0.00, sekarang dah ada RM0.25 sen. Kelakar, tapi saya rasa ada peningkatan. Kegembiraan kecil dan tidak bermakna langsung buat sesiapa, namun ia tetap membuat saya gembira kerana sekurang-kurangnya saya tahu tulisan saya di baca.

Seorang penulis menulis sesuatu untuk memberikan sesuatu idea atau menyampaikan maklumat kepada para pembaca. Sebelum kemunculan Internet, kebanyakan penulis tidak mengetahui samada buku mereka dibaca atau tidak. Salah satu cara untuk mengetahuinya ialah melalui jumlah jualan buku dan pendapatan yang diperolehi. Melaluinya, penulis belum benar-benar pasti bahawa tulisannya akan dibaca. 

Namun dengan kecanggihan teknologi sekarang, penulis-penulis bukan sahaja dapat mengetahui yang tulisan mereka dibaca oleh pembaca, malah mereka boleh mendapat maklumbalas sepantas kilat sebaik sahaja tulisan mereka disiarkan. Bukankah senang sahaja untuk menulis di zaman serba canggih ini. Tidak perlu lagi penerbit, syarikat penerbitan, pemasaran dan editor. Semuanya boleh dilakukan sendiri, malah tidak memerlukan kos yang banyak.

Jadi, walaupun di bahagian Earning saya hanya tertera RM0.25, saya tetap mampu tersenyum. Senyum kepuasan kerana saya tahu, ada pembaca yang membaca tulisan saya di laman blog ini.

Menjadi penulis memang mudah, tapi menjadi penulis yang baik dan menulis sesuatu yang bagus, tidak ramai yang mampu melakukannya.

0 comments:

Post a Comment

What do you say?