Monday, June 21, 2010

Pekerja Seksual

Pagi ini saya mendengar perkongsian cerita dari salah seorang rakan sekerja yang dapat menyaksikan sendiri bagaimana urusniaga pelacuran berlaku di sekitar Kuala Lumpur. Sedih bercampur sayu hati saya mendengarnya. Perkara ini bukan lagi luar biasa. Ia adalah fenomena biasa yang terjadi dimana-mana. Sekurang-kurangnya kita memang menjangkakan perkara seperti ini terjadi. Yang kita risaukan, jika remaja atau anak-anak dibangku sekolah sudah faham sepenuhnya tentang seks, malah mungkin lebih hebat berbanding orag dewasa. Jika faham sahaja tidak mengapa, namun jika sudah sampai ke tahap 'praktikal', inilah yang dibimbangkan. 

Perniagaan seksual berlaku entah kerana apa. Ada yang terjebak sindiket pelacuran dan pemerdagangan orang, ada pula yang terpaksa melakukannya kerana desakan hidup. Apapun alasannya, perniagaan seksual ini tidak patut terjadi kerana setiap manusia mempunyai hak terhadap maruah diri sendiri. Di negara seperti Thailand, pelacuran menyumbang kepada pendapatan negara. 

Kita boleh membaca dan mencari banyak maklumat serta mencungkil banyak cerita mengenai industri ini, yang kedengaran menjijikkan namun semakin hari semakin serius. Sekadar membaca tidak mampu merubah apa-apa. Apa yang mampu anda lakukan untuk membanteras perniagaan seksual ini?

Mungkin, salah satu cara untuk membanteras perniagaan seksual ialah dengan tidak memberi sokongan kepada apa-apa jua perkara yang menjerumuskan diri samada secara langsung atau tidak langsung. 

Seperti memboikot barangan buatan Yahudi, boikotlah juga pelacuran dan perniagaan seksual.

4 comments:

Ken Wooi said...

they are scary =/

miza ismail said...

entri yang mnarik

Arif Dzulkifli said...

jgn sesekali terjebak..sekali cuba,addicted bai! hahaha

Tiya Fatihah said...

ye..jgn sesekali terjebak!!!

Post a Comment

What do you say?