Saya terfikir..
Kita lakukan segala apa yang sedang kita lakukan sekarang kerana apa?
Bukankah kerana wang, atau duit?
Wang hanyalah nota.
Nota yang diletakkan nilai keatasnya. Tetapi kenapa kita terlalu mengejarnya?
Kenapa kita sanggup bersusah payah kerana kertas nota ini? Kerana keperluan,desakan hidup atau paksaan nafsu dan keinginan?
Kita tertekan, kecewa, sedih, hampa, tidak tenang dan hilang bahagia kerana wang.
Namun kita sanggup walaupun terpaksa menghadapinya.
Sampai bila kita harus hidup kerana wang?
Wang bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan wang.



0 comments:
Post a Comment
What do you say?