Saturday, June 19, 2010

BUDI DAN BAHASA

Kenapa budi bahasa sangat penting?
Perlukah kita berbudi bahasa dengan orang yang tidak tahu berbudi bahasa dengan kita?

Akhir-akhir ini, kita sering mengamalkan amalan hidup yang kasar, melanggar bahasa, tidak mengendahkan tatasusila dan tidak beradab. Tidak hairanlah kalau kita sering merungut tentang tiadanya budi bahasa dikalangan masyarakat. Guru merungut pelajarnya bersikap biadap, tidak tahu menghormati dan kadangkala berkata-kata kesat. Pelanggan merungut layanan yang tidak baik oleh kakikatangan jabatan mahupun di mana-mana sahaja. Pemandu merungut tentang kebiadapan pemandu lain dijalanraya sehingga mengakibatkan kemalangan. Ibu bapa merungut anak-anak semakin degil dan melawan. Kita semua merungut tentang semua masalah-masalah seperti:
  • cara memberi khidmat dan melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan yang tidak cekap,
  • surat menyurat rakyat yang lambat dijawab
  • amalan gotong royong dan kecenderungan menolong orang lain dalam kesusahan,
  • hilangnya amalan hormat menghormati kepada guru, ibu bapa, pemimpin, ketua dan orang tua-tua;
  • kecenderungan suka mengambil hak orang lain;
  • tiada senyuman bila bertegur-sapa atau semasa memberi khidmat;
  • Tiada ungkapan terima kasih atau syukur bila beroleh sesuatu yang baik;
  • kurangnya mengungkapkan "Apa khabar" atau 'Assalamualaikum';
  • kurangnya budaya kebersihan (misalnya tandas kotor);
  • tidak menepati masa dan
  • kurang bertolak ansur di jalan raya.

Kenapa amalan yang baik ini sudah semakin kurang diamalkan oleh kita semua? Adakah kita sudah terlalu hanyut dalam arus kemodenan sehingga amalan ini sudah menjadi tidak bermakna lagi? Atau kita mengharapkan orang lain untuk berbudi bahasa terlebih dahulu, baru kita hendak membalas dengan berbudi bahasa juga?



Berbudi bahasa bukan bererti
tunduk dan mengalah tak menentu
Berbudi bahasa bererti mengamalkan
sifat-sifat murni kemanusiaan Sejagat
Budi bahasa ialah asas kehidupan
bermaruah dan bertamadun

SERUAN Y. A. B
PERDANA MENTERI MALAYSIA

kecemerlangan, kegemilangan dan
keterbilangan kita akan muncul, jika
sekiranya kita menjadi satu bangsa
yang berpekerti mulia, berbudi
tinggi dan berbahasa baik

"Pembangunan modal insan menjadi sangat
penting kepada negara pada masa depan
dan mereka ini mestilah berkualiti, kualiti
bukan sahaja dari segi pendidikan,
kepakaran tetapi juga dari segi nilai
moral yang tinggi, bertanggungjawab
dan mengutamakan nilai-nilai
murni dalam kehidupan"

Petikan dari buku panduan 'Budi Bahasa Budaya Kita' 
Kementeian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Budi bahasa melambangkan tamadun. Tetapi kini, setelah berkembangnya tamadun, manusia kembali menjadi bangsa yang seolah-olah tidak bertamadun. Apa yang sebenarnya telah berlaku? 
Fikir-fikirkanlah.



2 comments:

Nina Nurziana said...

budi bahasa nih memang dah semakin kurang di kalangan masyarakat kita..sedih.. :'(

Tiya Fatihah said...

betul kan Nina..sedihla.

Post a Comment

What do you say?