Saturday, June 19, 2010

Boss

Semasa dalam perjalanan balik ke Kelantan 3 hari yang lalu, saya terdengar satu petikan berita di radio. Beritanya berkenaan panggilan 'boss'. Ia dikatakan agak kasar dan tidak bersopan. Tapi ia telah menjadi tradisi di Malaysia, bahawa panggilan 'boss' merujuk kepada panggilan terhadap ketua. Kadangkala, ia juga digunakan untuk merujuk kepada bapa, atau mungkin juga guru. 

Jadi, masyarakat digesa untuk tidak lagi menggunakan perkataan 'boss' dan ditukar kepada penggunaan yang lebih baik. Mungkin saranan ini ada benarnya kerana bila dipanggil 'boss', kadangkala ia boleh membawa maksud sinis atau sindiran. Pada banyak pihak, perkataan 'boss' menunjukkan kekuasaan atau pangkat yang lebih tinggi. Namun, perkataan 'bossy' boleh menggambarkan sikap yang suka mengarah dan mengepalai sesuatu. Ia memang tidak sedap didengari. 

Bahasa kita kan kaya. Guna sahaja perkataan 'Tuan' atau 'Puan' bila menggelarkan ketua atau orang yang lebih berpangkat.Bukankah lebih elok begitu?

Bahasa sememangnya jiwa bangsa. Sesuailah dengan tema 'Budi Bahasa Budaya Kita'.

0 comments:

Post a Comment

What do you say?