Assalamualaikum WBT.
Buat semua sahabatku yang disegani..
Tia harap kalian semua sentiasa dibawah perlindungan Allah SWT.
Sedih utk meninggalkan semua SAHABAT baik disini..
Tia panjatkan doa semoga kalian akan selalu kuat menghadapi dugaan dan rintangan yang ada didalam meniti kehidupan.
Tia sayang kalian semua seperti saudara sendiri..
Syukur alhamdulillah atas pertemuan kita di bumi Kuala Nerang dan Kolej MARA ini adalah sebenarnya tapak pertemuan kita...yang telah diatur oleh Ilahi..
Semuanya terkandung hikmah yang amat besar kerana pertemuan singkat kita mewujudkan ikatan yang amat rapat dan tidak mungkin akan terputus buat selamanya..Disetiap pertemuan itu pastinya telah tertulis satu detik perpisahan, samada berpisah sementara ketika masih hidup atau setelah Tuhan kembali menjemput kita pulang ke sisiNya. Bila kita bersedia untuk menerima sebuah pertemuan , kita juga seharusnya lebih bersedia untuk menerima sebuah perpisahan walau bagaimana berat sekalipun untuk kita menghadapinya. Sesungguhnya amat berat menghadapi perpisahan ini, tapi yang pasti persahabatan, kegembiraan, perkongsian suka duka kita kan selalu Tia kenang sampai mati.
Sahabatku,
Hadapilah setiap cabaran dengan sabar kerana sabar itu sangat pahit tetapi hasilnya cukup-cukup manis :) Orang yang sabar itu sentiasa ada bibawah kasih sayang Allah..dan kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya... Tia tahu, kita semua adakalanya merasa lemah semangat dan tidak berdaya...Itu semua adalah pengalaman yang setiap orang akan lalui dalam menuju kedewasaan dan itulah sebenarnya membuat kita lebih kuat.
Ingatlah kembali apa yang telah kalian lalui selama ini dan jadikan asas untuk kalian lebih berani mengorak langkah untuk maju, bukan sahaja di dunia malah paling penting di akhirat sana...Kehidupan ini hanya sementara, jadi usah takut untuk mencuba sesuatu yang baru walau kita gagal berkali-kali..kerana kita sentiasa ada peluang untuk berjaya jika kita berani dan tidak takut gagal. Segala apa yang mencabar kita, atau setiap manusia yang mencuba untuk menghalang kita tidak akan mampu memudaratkan kita jika Allah sentiasa bersama kita dan tidak mengizinkan sesuatu yang buruk berlaku kepada kita. Itulah yang Tia pegang selama kehidupan Tia yang masih setahun jagung ini.
Jika kalian berasa lemah dan lemas dengan kehidupan di tempat kerja, ingatkan diri kalian bahawa niat dan tujuan sebenar kita bekerja adalah demi mencapai redha Allah SWT.
Jika niat kita baik, setiap jalan akan dipermudahkannya. Ramai manusia yang terlupa bahawa tujuan mencari rezeki adalah kerana Allah, malah mereka sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan sesuatu yang nyata hanya sementara. Bulatkan tekad dan ikhlaskan niat pada Allah, pasti akan ada jalan keluarnya. Jika kalian tidak sukakan sesiapa, atau berasa sakit hati..Simpanlah rasa marah itu dengan sabar. Ingat kembali wajah-wajah orang yang baik terhadap kita dan kenang kembali segala kesusahan yang kita hadapi untuk sampai ke tahap ini. Manusia semua sama sahaja, cuma kita perlu tahu bagaimana mengawal diri kita. Kita tidak berkuasa untuk mengawal atur segala benda. Cukuplah kita atur diri sendiri dan fokuskan kepada diri dan keluarga kita sahaja.
Kita tidak dapat lari dari tanggapan manusia terhadap kita. Abaikan sahaja tanggapan orang kerana apa yang penting adalah pandangan Allah terhadap kita. Jika manusia tidak sudi memandang kita, tidak mengapa. Tapi jika Allah sudah tidak memandang kita, maka hancurlah kehidupan kita..jauhlah rahmat dari kehidupan kita. Setiap hambaNya yang mendapat ujian itu bermakna Allah memandang mereka dengan kasih sayangNya yang Maha Agung..dan tidak lain tujuanNya hanyalah untuk mengangkat darjat kita serta menghapus dosa silam kita...Bila tidak diuji, maknanya kita ini sudah terlalu jauh dariNya..
Sahabatku,
Jika kita mengadu pada manusia tentang apa jua masalah kita, manusia tidak mampu berbuat apa-apa utk membantu kita..Tapi jika kita mengadu kepada Allah, Dialah pendengar Yang Maha Mengetahui setiap apa yang tidak mampua kita luahkan dengan kata-kata.
Dalam setiap yang berlaku kepada kita, pasti ada sebabnya..Adakalanya, ia bakal menjadi satu turning point untuk kita memulakan kehidupan baru yang lebih baik. Janganlah kita terlalu merasa takut dengan perkara kecil yang belum berlaku, dan terlalu memikirkan perkara yang tidak pasti. Berpijak dibumi nyata dan kawal emosi dengan penuh kematangan. Orang yang hebat ialah orang yang tahu apa yang dia mahu dan melakukan tindakan untuk mengubah kehidupannya. Orang yang hebat juga ialah orang yang mampu bertenang dan berfikir positif dengan melihat setiap perkara dari sudut pandangan yang baik. Tidak perlu bersusah hati sangat dengan kesusahan kita, kerana setiap kesusahan pasti ada kesenangan dipenghujungnya. Tidak perlu takut yang teramat dengan dunia, tapi takutlah kepada apa yang kita bakal kehilangan sekiranya terus hidup dalam ketakutan.
Sahabatku,
Dalam diri setiap dari kita ini ada sesuatu yang berbeza dan unik yang tidak dimiliki oleh orang lain, iaitu X-Factor yang tersembunyi didalam diri kita. Carilah ‘sesuatu’ itu dengan bersungguh-sungguh, pasti kalian akan menemuinya. Jika kalian sudah menemuinya, gunakanlah ia dengan sebaik-baiknya dan semaksima mungkin. Allah itu Maha Adil dan jangan menyangka kita ini tidak punya apa-apa yang istimewa.
Usahlah membuang masa mencari-cari cinta dan sanjungan manusia. Mereka tidak akan selamanya mencintaimu kerana mereka juga sama sepertimu. Nikmatilah hidupmu seperti kamu mahukan tetapi sebelum kamu dapat menikmatinya, terimalah segala yang tertulis dalam kehidupanmu dengan hati terbuka dan maafkanlah setiap yang buruk yang berlaku ke atasmu. If you are at peace with yourself, you will live in peace for the rest of your life.
Akhir sekali, selamat maju jaya dan semoga kalian bertemu dengan kebahagiaan didunia dan diakhirat.
P.S: Even the strongest men think they are weak. True strength comes from the belief that you are strong and it’s all in your brain. Everything shall pass. Every time you encounter problems, look at the bright side of them and say to yourself,
“This shall pass too…”
and everything will be just fine.



2 comments:
aku harap aku sahabat kau sampai mati.tia,we've been through a lot. the talk, the walk.alhamdulillah semua yang terjadi ada hikmah. Tuhan kurniakan dengan hati yang paling cantik, yang tulus ikhlas. im proud to have a little moment with u tia..the joy and the pain.. May Allah bless u always.
sayang...ko memang sahabat aku sampai mati.sahabat yang tak pernah akan aku lupakan.saat kita lalui segala keperitan bersama, malah pernah nagis bersama...saat itu kita belajar tentang kedewasaan dan kekecewaan..aku sgt rindu saat itu, sahabatku...u have such a beautiful heart, the way you are inside out...sukarnya mencari sahabat sepertimu sayang!!! Hanya Allah sahaja mampu memberi perlindungan dan memayungi perjalanan hidupmu kerana telah menjadi seorang sahabat yang setia dan sanggup bersusah kerana persahabatan.
Post a Comment
What do you say?