Bicara tentang cinta, kerapkali aku jatuh cinta.
Aku beberapa kali bertemu dengan cinta.
Tapi, aku tidak pernah bertemu cinta yang sejati..
Yang aku temukan hanyalah
cinta monyet di zaman sekolah rendah,
cinta suka-suka di zaman sekolah,
cinta gila, bohong dan palsu di UiTM Machang
cinta yang membawa sakit dan pedih di zaman UiTM Shah Alam
cinta itu datang, tapi ia akan pergi
membawa selubung duka di hatiku
Sungguh, selepas beberapa kali gagal bercinta
aku tidak percaya wujudnya cinta
aku rasa cinta hanyalah cerita dongeng
cinta hanyalah mainan manusia untuk sesuatu sebab
Aku permainkan cinta
Aku bercinta hanya kerana aku bosan dan ingin bermain api
Aku tidak pernah bertemu
dengan cinta sejati,
cinta tulus, cinta murni,
cinta manis yang membuat kaki tidak berpijak di bumi,
cinta yang ikhlas kerana Ilahi
cinta yang tidak kerana paras
atau wang,
bagiku orang bercinta kerana gila
gilakan besi yang beroda dengan warna berkilau
gilakan kuning emas yang memancar
gilakan kertas yang tertera nilai diatasnya
Benar, aku tidak pernah kenal cinta
tidak sama sekali..
tidak sehingga aku bertemu dengan suamiku!
Inilah wajah cinta yang sekarang begitu setia menemani ku
wajah inilah yang selalu membuat aku yang suram muram kembali bersinar
dialah yang selalu membalutiku dengan kasih yang tidak akan ada galang ganti
dialah yang membawa aku dari dunia yang ku rasakan hampir mati ke satu daerah terpencil yang indah damai
dia yang menyelimuti aku dari dingin yang membekukan hati kepada bahang yang menghangatkanku
dia bukan malaikat
bukan juga manusia biasa
tidak punya berlian menggunung yang mampu diberikan sebagai mahar buatku
tidak juga kertas merah, biru yang mampu menyediakan segala mahuku
malah tidak jua tandu, kuda, bahtera atau burung kasawari yang mampu membawaku kemana ku ingin pergi
dia tidak punya gelaran, malah sekadar mampu membaca, menulis, mengira apa adanya
cukup bagiku, dia punya hati yang putih dan tulus
lidah yang tidak pernah berkata untuk menoreh luka
cukuplah bagiku dia yang begitu saja
kerana dia sudah tercipta untuk melengkapi aku yang kurang segalanya
Kalau ada yang berkata aku bodoh menikahinya kerana dia bukan anak raja atau hartawan di dunia
Kalau ada yang berbicara betapa banyak bezanya aku dan dia
akan ku jawab dengan bangganya
kerana dia milik Allah yang mencipta dan bakal kembali kepadaNya
aku bersyukur Allah meminjamkan dia kepadaku
kerana dia ternyata punya cinta yang sesiapapun tidak pernah berikan kepadaku
kerana dia telah membawa aku kepada bahagia
dengan kasih yang tidak pernah bersebab
dengan sayang yang tidak terhitung
dan percaya yang tidak perlu dicuriga.
Abang,
Untuk kerelaan Abang menemani Sayang setiap waktu tanpa rasa jemu
Untuk kesabaran Abang menghadapi hari-hari Sayang mengalami perasaan yang tidak menentu
Untuk kerajinan Abang membantu Sayang menjalani tugas sebagai isterimu
Untuk ketulusan Abang melayan keluarga Sayang seperti saudara sedarahmu
Untuk kejujuran Abang yang sering juga Sayang persoal
Untuk kesungguhan Abang berusaha memenuhi keperluan serta kemahuan
Untuk ketekunan Abang membangunkan perniagaan kecil kita
Untuk kerja keras Abang melengkapi rumahtangga yang kita sama-sama jalani
Untuk ketabahan Abang menjalani sepi tanpa hilai tawa permata zuriat yang belum kita miliki
Untuk kecekalan Abang menghadapi segala dugaan, gelora, badai serta taufan yang telah kita lalui
Untuk keberadaan Abang disisi Sayang disetiap waktu yang tidak dapat dikembalikan
Untuk kemanisan cinta yang Abang curahkan kepada Sayang selama perjalanan ini
Untuk kekuatan yang Abang sentiasa salurkan buat penguat semangat
Untuk keredhaan Abang untuk setiap perkara dan detik yang Sayang tempuhi
Untuk kesalahan Sayang yang sentiasa Abang maafkan
Untuk kemarahan yang selalu Abang pendamkan
Untuk kekuasaan cinta yang menghapuskan segala yang buruk
Malah untuk jutaan lagi kebaikan yang tidak akan pernah mampu Sayang hitung
Kejayaan adalah milik Abang
Kesetiaan hanyalah untuk Abang
Kegembiraan tetap buat Abang
Kebahagiaan adalah janji untuk Abang, dan
Kemenangan adalah buat Abang!
skip to main |
skip to sidebar
The voices inside my heart are waiting to touch a heart
Friday, November 12, 2010
Subscribe To
Writer's Facebook
Followers
Click To Win
About Me
- Tiya Fatihah
- Sometimes, things are just unspeakable.




1 comments:
yana doakn smoga k.tia ngn abg awie sntiase drahmati dn diredhai Allah swt...bahgia slalu k! (^_~)
Post a Comment
What do you say?