Saturday, July 10, 2010

Bayne!

Bayne, kawan baik yang aku sangat kagum selama ini berandaian, yang kami ini sudah makin tua.
Betul B, kita sedang menginjak tua!
Katanya, saya sangat passionate terhadap teaching! (Maaf, saat menulis, saya kehilangan terma Bahasa Melayu) .
Sedikit sebanyak, betul katanya, tapi kenapa saya rasa seperti hendak menafikannya?
Kelakar, kawan!
Seperti dulu, dia memang kelakar.
Teman yang ketawanya pecah berderai.Sungguh kuat bila berpadu suara dengan saya sendiri. Zaman gila-gila memang tak pernah saya lupa sampai kini.
Kadang-kadang saya cemburu dengan masa yang telah meninggalkan saya jauh ke belakang.
Hati sangat terusik bila melihat gambar teman-teman lama yang masih setia berkumpul bersama; Bayne, Yana dan Amish. Mereka sentiasa ada majlis-majlis yang seronok, mengharukan dan indah untuk dihadiri bersama. Semuanya saya saksikan di Facebook. Sungguh, saya cemburu sekali!! Kadangkala, di bilik mandi, saya berfikir tentang mereka, dan menangis saat mata mahu lelap.
Benarlah, aku sudah tua, B! Bila tengok kamu-kamu yang gembira, aku rasa tertikam sebab tiada di sana bersama.
Kadangkala, aku rasa bagai aku tidak terbilang di dalam kumpulan mereka.
Tapi, saya bahagia melihat mereka sangat bahagia sekarang. Seperti saya. Alhamdulillah, Allah telah permudahkan jalan hidup kami semua.

Bayne,
Aku masih ingat saat aku jatuh terjelepuk tidak mampu bangun dan lemah bagai mahu mati akibat kecewa dalam cinta yang telah meninggalkan aku,
di rumah kamu, kamu bawa aku
tidur di sana, di katilmu
malam itu aku bangun menangis sendiri
dan baca Yassin
ku masih ingat dengan jelas apa katamu
'sedap suara kau baca al-Quran'
dan bangun pagi, makan masakan yang sangat sedap di rumahmu
sambil bicara sama ibumu
terima kasih, kamu adalah refleksi keluarga yang cukup sempurna mendidikmu!


Masa aku pindah ke rumah baru di Seksyen 2
dekat dengan sekolahmu itu
kamu banyak sekali membantu memindahkan barang-barangku dengan kereta Atos mu
warna kelabu, bernombor 7033 jika tidak silap
terima kasih sekali lagi, banyak membantu aku.

Tidak terkecuali, waktu-waktu kau lepak di Apartment Suria Seksyen 16
banyak sekali perkara lucu yang kita lakukan
dan kadangkala tidak masuk akal
bergelak ketawa sampai tidak ingat tidur
beraktiviti agak tidak berapa sihat di waktu dinihari
melepak di kedai mamak sambil...
(kau tahu apa aktiviti kita, tidak perlu huraian panjang)
sungguh, kita masih amat mentah waktu itu.
minta ampun, minta maaf atas segalanya kerana kami masih berdarah muda.


Ah! Kenapa aku tidak mampu lupa
kenangan sedikit itu
walau aku tahu, bersama teman-teman rapatmu yang lain kau lagi banyak kenangan
aku harap kau tidak juga lupa kenangan yang sedikit dan cukup sebentar saat ada aku
ye, sayang?

Terima kasih kerana sudi
bergelar sahabat ku.
Percaya ini sayang, kau selalu selalu datang
menjenguk hati
mengusik kalbuku
buat aku senyum
seperti kau datang lewat malam ini
dan selalu selalu juga
datang bawa aku kembali
mengimbas manis dan pahit hidup aku
dan buat aku selalu ingat
aku ada kamu.
temanku bernama Bayne!

Maafkan aku,terpaksa mengambil sedikit gambar dari albummu. Aku rasa tidak seronok jika tidak mengabadikan kamu! Minta halal, semua.
Sumpah, aku sayang kamu terlalu banyak.
Kau memang sangat cantik, sayang!
Kenangan di depan Suria Apartment, Seksyen 16. 
Tak sangka kau masih simpan gambar ini.
Mungkin kita tidak mandi lagi waktu ini.
Jangan tak mengaku, sebab selalunya aku ada juga begitu.
Kalau perut dah lapar, aku belasah aje ke kedai walaupun tak mandi.
Tapi serius, muka kau suci sekali.

Pinjam gambar ini sekali,
sebab aku suka 
ada gambar Michi sama
dan dibelakangnya, nampak barang-barang Michi yang masih aku ingat sampai kini.
Kini, dia pun dah bergelar ibu.
Sungguh indah perasaan itu.
Kamu berdua, cantik!

Seperti potret
Sebab itu aku ingin abadikan
Seperti abadinya kau dalam hati aku
aku ingin simpan wajah secantik ini dalam kotak fikiranku
klasik, indah, dan redup
itulah kamu, sahabat.


Ku ingat bilik ini
sama seperti yang tersimpan dalam ingatan aku 
tentang malam itu
dan disisi katilmu aku bersujud
sambil menangis
di bilik ini.
jelas sekali aku masih ingat tampalan yang macam-macam
di dinding bilikmu.
benar, refleksi kamu di situ.



2 comments:

Unknown said...

babe... sob.. sob..
im speechless.
give me two days. just two days.
i have a story to tell. bout us. bout ur uniqueness, ur amazing strength and undivided love in you. love you tia. so much i can remember.

Tiya Fatihah said...

This is what Bayne writes to me.Dunno why, it doesn't appear like it's supposed to be:

babe... sob.. sob..
im speechless.
give me two days. just two days.
i have a story to tell. bout us. bout ur uniqueness, ur amazing strength and undivided love in you. love you tia. so much i can remember.

Post a Comment

What do you say?