Tuesday, June 1, 2010

Tentang Nikah Kahwin

x
Berbicara pasal nikah kahwin memang seronok. Kahwin memang seronok. Lebih-lebih lagi, pada majlis perkahwinan tersebut. Tapi, kahwin pun banyak cabarannya. Dugaannya juga hebat. Dek kerana seorang sahabat baik saya bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, entri ini saya tulis kerana seronok dan teruja. Ada pelbagai kisah tentang perkahwinan, sebelum dan selepas kahwin. 

SEBELUM KAHWIN

  1. Selalu rindu-rinduan, sayang-menyayangi dan bila berjumpa, rasa macam tidak mahu berpisah.
  2. Bercakap ditelefon berjam-jam, berSMS, chatting dan macam-macam lagi.
  3. Hadiah dan kad ucapan selalu diterima walaupun bukan hari lahir atau hari kekasih.
  4. Rela buat apa saja asalkan kekasih senang hati.

SELEPAS KAHWIN
  1. Tiada lagi rindu-rinduan, ucapan sayang atau madah-madah cinta. Si dia tak balik rumah lagi bagus. 
  2. Bercakap hanya sepatah dua dalam sehari. SMS tak ada langsung. Kalau ada pun hanya yang penting sahaja.
  3. Jangan kata nak bagi hadiah atau kad, tarikh lahir atau ulangtahun perkahwinan pun boleh lupa. Maklumlah sibuk.
  4. Rela buat apa saja asalkan diri sendiri senang dan tak serabut. 
Itulah sedikit sebanyak perbezaan yang biasa berlaku sebelum dan selepas kahwin.
Setiap pasangan, lain cara dan keadaan rumahtangga yang mereka tempuhi.
Mungkin perbezaan-perbezaan ini wujud kerana sebelum kahwin, sudah tentulah rindu-rinduan sebab masih belum tinggal sebumbung. Tapi selepas kahwin, setiap hari bersama. Jadi perasaan rindu sudah tiada lagi. Sebelum kahwin, belum terikat dengan tanggungjawab. Namun selepas kahwin, tanggungjawab yang dipikul besar sekali. Banyak perkara yang perlu diuruskan; kerja, kewangan, anak, dan keluarga. Banyak hati yang perlu dijaga. Silap sedikit, banyak pihak yang merana dan tidak puas hati. 

Walau apapun, bahagia atau tidak, pilihan kita sendiri. Terokailah jiwa insan yang berjanji sehidup semati bersama kita. Yang mengikat kedua-dua suami isteri adalah lafaz ijab dan kabul sebagai tanda penerimaan ikatan nikah tersebut. 

Carilah kebahagiaan itu dalam diri sendiri. 
Kitalah pelayarnya, kemudikanlah ia mengikut haluan yang betul.

0 comments:

Post a Comment

What do you say?