Buku lama jangan dipandang enteng.Terdapat banyak ilmu yang boleh dicungkil dengan membaca buku-buku lama. Salah satu minat saya ialah membaca buku-buku lama.
Di perpustakaan, koleksi buku lama selalunya jarang menarik minat pembaca. Bahan bacaan yang terkini lebih menjadi pilihan ramai untuk dibaca. Tetapi bukan semua buku baru itu sebagus isi kandungan buku-buku lama. Karya agung Shakespeare sebagai contoh, masih digunakan di seluruh dunia secara meluas malah menjadi bahan rujukan penting dalam bidang kesusateraan kerana ketinggian bahasa dan idea yang terkandung didalamnya.
Terbaru, saya menjumpai buku lama yang tidak pernah dipedulikan di rak buku di pejabat saya. Buku ini sudah lama berada di situ tetapi tidak pernah disentuh sesiapa. Malah, saya sendiri sudah lama meminjamnya, namun tidak berkesempatan membeleknya sehingga kini. Sehinggalah beberapa minggu yang lepas, apabila saya ingin memulangkan buku-buku yang saya pinjam dari perpustakaan kolej lebih setahun lamanya, saya kembali teringat untuk membaca buku ini.
Buku yang saya maksudkan adalah karya Dale Carnegie, seorang penulis Amerika yang juga merupakan pensyarah serta pengasas kursus peningkatan diri, perniagaan dan latihan korporat. Ternyata bukan sedikit sumbangannya terutamanya dalam bidang latihan meningkatkan keyakinan diri. Karya yang pernah dihasilkannya adalah seperti How to Win Friends and Influence People dan How to Stop Worrying and Start Living. Buku yang saya sedang baca hasil penulisan beliau adalah buku yang pertama disebutkan.

Siapa Dale Carnegie?
Dilahirkan pada tahun 1888 Maryville, Missouri. Carnegie adalah anak kepada seorang petani miskin. Beliau merupakan anak kedua kepada James William Carnegie dan Amanda Elizabeth Harbison.
Usia remaja Dale Carnegie
Pada usia yang masih remaja, beliau terpaksa bangun seawal jam 4 pagi untuk memerah susu lembu peliharaan ibubapa beliau. Namun, beliau berjaya mendapat pendidikan di State Teacher's College di Warrensburg. Pekerjaan pertama beliau selepas menamatkan pengajian adalah mengadakan kursus kepada para penternak binatang,kemudian meneruskan pekerjaan sebagai penjual daging khinzir dan sabun di Armour & Company. Kejayaan beliau bersama syarikat tersebut melayakkan beliau mengaut jualan di South Omaha, Nebraska sehingga menjadi pengurus syarikat tersebut.

Kejayaan Dale Carnegie
Kejayaan pemasaran Carnegie yang mungkin paling hebat ialah dengan menukarkan ejaan namanya dari “Carnagey” kepada “Carnegie”, yang mana pada masa itu, nama Andrew Carnegie adalah satu nama yang sanga terkenal.Pada tahun 1916, beliau telah mampu menyewa Carnegie Hall untuk mengadakan kursus kendalian beliau.
Koleksi tulisan beliau awal beliau adalah seperti Public Speaking: a Practical Course for Business Men (1926), yang kemudiannya diubah kepada Public Speaking and Influencing Men in Business (1932). Kejayaan besar yang berjaya diperolehi adalah apabila Simon & Schuster menerbitkan buku tulisan beliau iaitu How to Win Friends and Influence People. Buku ini menjadi buku jualan paling laris pada tahun 1937 dan diulang cetak sebanyak 17 kali dalam masa hanya beberapa bulan.



Sehingga beliau meninggal dunia, buku tulisan beliau terjual sebanyak 5 juta naskah dan dikeluarkan didalam 31 bahasa. Malah,terdapat seramai 450,000 pelajar yang berjaya dilahirkan dari Dale Carnegie Institute. Juga dicatatkan bahawa, beliau telah mengkritik lebih 150,000 syarahan atau pengucapan awam selama penglibatan beliau sewaktu Perang Dunia Ke-2.
Perkahwinan pertama beliau bersama menemui kegagalan. Begitu juga perkahwinan kedua. Beliau hanya mempunyai dua orang anak perempuan.
Carnegie meninggal dunia di kediamannya di Forest Hills, New Yok akibat penyakit Hodgin’s. Beliau disemadikan di Belton, Cass County, Missouri.
Petikan Kata-Kata Dale Carnegie

















3 comments:
interesting man, though i've never heard of him.. =)
yes,Kenwooi..indeed.His books are much more interesting.Will write more about what his ideas are.
Eh.. dh pnah bc bku dye.. hee
Post a Comment
What do you say?