Thursday, June 10, 2010

Aku Sedih, Sahabatku!

Kita tidak akan faham erti rindu, sehingga kita kehilangan seseorang yang kita sayang.
Kita tidak akan faham erti kecewa sehingga kita di khianati.
Kita tidak akan faham erti sakit sehingga kita disakiti.
Kita tidak faham erti rindu sehingga kita berjauhan.
Kita tidak akan pernah faham segala-galanya sehingga kita sendiri yang merasainya!!

Sahabat yang aku kasihi, 
Ainun, Sharatul dan Amirah
Aku tidak faham erti kekecewaan sehingga apa yang kita rancangkan akhirnya menemui kegagalan. Sesungguhnya selama ini aku benar-benar merindui kamu semua. Aku bayangkan gelak ketawa seperti kita masih di bangku MAHER. Aku gambarkan kelucuan yang bakal kita imbas kembali saat kita duduk bersama. Aku impikan perkongsian rasa yang lama tersimpan di lubuk hati kita. Dan, kerap sekali aku bermimpi, akan pertemuan indah yang kita nantikan. Nyata, aku tidak mampu menunaikannya kerana impianku telah diperkosa.

Ainun,
Aku ingin memelukmu erat dan menatap wajah yang aku rindui. Kita hanya mampu bertemu di dunia maya dan mendengar suara di kejauhan. Hanya Tuhan tahu betapa tulus persahabatan ini membuat aku menjadi seorang yang lebih kuat, walau ranjau yang aku tempuhi bukan mudah. Kau lebih tahu apa yang aku telah lalui. Kau memahami aku seperti roh mengenali jasad. Kau tenangkan jiwaku seperti dingin salji yang membekukan api. Hilai tawamu saja sudah mampu buat aku berhenti menangis. 

Sharatul @ Kak Chik,
Aku tahu kau yang paling mengharapkan pertemuan kita setelah sekian lama. Aku tahu hatimu begitu girang untuk kita kembali bersama. Aku juga tahu, ikhlas hatimu bukan mudah dicari didalam hati sesiapapun. Kaulah sahabat yang banyak membuat aku ketawa. Banyak perkara yang kita kongsi dan pastinya, kau amat memahami segala-galanya kerana kisah kita hampir sama. Setiap dukamu adalah kesakitanku. Aku benar-benar mengasihimu seperti aku saudara kandungku sendiri. Lama aku impikan untuk mendengar kisah lucu dan sedih antara kita, tapi aku benar-benar tertinggal di sini sendiri sehingga suatu masa yang entah bila akan kembali.

Amirah @ Mira,
Kaulah sahabat yang pastinya akan ketawa seperti mahu menangis dengan kegilaan yang kita alami bersama. Kaulah yang akan bersungguh-sungguh menyokong dan jua membangkang. Kau jugalah yang menambah ceria setiap suasana. Bila melihat kau ketawa, aku rasa begitu terhibur. Bila berhubung, kita tak pernah sedar waktu yang beredar. Aku sungguh merindui tawamu, dan aku benar-benar menyayangimu seperti yang lainnya. Satu-satunya teman yang hilai tawanya takkan pernah ku lupa, itulah kamu. 

Mungkin aku berada jauh, tapi hatiku tidak bersama jasad yang ku bawa kemana sahaja ini.

Semoga kalian semua berbahagia dengan apa yang kita telah rancangkan. 
Walau aku tiada di sana, pastinya aku kembali di suatu masa yang belum pasti.

Pastinya akan ada pertemuan antara kita lagi.
AKU JANJI.



2 comments:

jfook said...

Cheer up! :)

Tiya Fatihah said...

JFOOK, thanks!!!!

Post a Comment

What do you say?